HELLO.
saya mendapat tag daripada Nik Nazifah Fatini. terima kasih. Oleh itu, saya akan menulis bahasa melayu. Semakin saya membesar, saya berasa saya perlu memartabatkan bahasa melayu kerana bahasa melayu ialah bahasa ibunda kita.
1. Bekas kekasih saya adalah :
seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan tetapi romantik
2. Saya sedang mendengar:
careless whisper : george michael
3. Mungkin saya patut:
menulis lebih banyak bahasa melayu dari bahasa inggeris.
4. Saya suka:
bile dia panggil saya sayangggg :)
5. sahabat-sahabat baik saya:
nur amanina azimi
nik nadhirah farhana hani salman
nur haliza suhaimi
nur shasha fatihah efendi
6. Saya tak faham:
kenapa saya tak boleh paste dekat blog saya. saya terpaksa menulis satu per satu.
7. Saya kehilangan:
getah rambut hitam putih saya, yang saya telah berjanji untuk membawanya ke New Zealand beberapa tahun akan datang. getah milik Madihah.
8. Ramai yang berkata:
science susah walaupun pada hakikatnya science sangat menyeronokkan
9. makna nama saya:
siti sarah? sarah maksudnya kegembiraan. tapi kalau sara kaya. haha :P
10. cinta itu adalah:
saya tidak mempercayai cinta kerana saya tidak pernah mengalaminya atau mungkin saya pernah mengalaminya tanpa saya sedari. masa akan memberitahu apa itu cinta.
11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
mengingati kisah silamnya lalu memikirkan apa yang akan terjadi seterusnya.
12. Saya akan cuba menjadi:
seorang pakar jantung yang beriman dan berjaya pada masa akan datang.
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
forever.
14. Telefon bimbit saya:
Di sebelah saya, saya menunggunya untuk vibrate memberitahu ada mesej.
15. Bila saya terjaga dari tidur:
saya akan melihat telefin bimbit saya.
16. Saya paling meluat apabila:
Orang melepaskan geramnya kepada orang lain kepada saya. Saya tak tahan.
17. Pesta atau Parti adalah:
tempat untuk meningkatkan tahap sosialiti seseorang bersama teman.
18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah:
anak beruang. saya tengok dalam TV je. haha
19. Peringkat umur paling menyeronokkan bagi saya ialah:
sekarang sebab saya belajar banyak sangat benda.
20. Hari ini:
saya okayyyy.
21. Malam ini saya akan:
call orang yang saya sayanng. :p
22. Esok pula saya akan:
Melayari Internet.
23. Saya betul-betul inginkan:
Kejayaan dalam hidup pada masa akan datang :)
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pada pagi ini:
ada satu jerawat baru. haha. ehh dua.
25. Pusat membel-belah atau arked permainan:
Arked permainan la. boleh berseronok!
26. Makanan Barat atau Jepun:
Barat kott. saya tak kisah mana mana pun.
27. Bilik yang terang atau gelap:
Terang sebab saya takut gelap.
28. Makanan segera adalah:
Fast food macam Mc D yang saya suka tu.
29. Ayat terakhir yang anda katakan kepada seseorang:
Ini adalah post pertama Bahasa Melayu saya. dan saya akan tulis lebih banyak bahasa Melayu selepas ini.
30. Siapa yang anda mahu Tag?
Siapa siapa yang nak, cakap.
Ini adalah pertama kali saya menulis Bahasa Melayu secara keseluruhannya dan saya sangat gembira. :)
Bye :)